Jumaat, 2009 November 20

115. Beringatlah......


Radio dah 'bilang', tv dah 'pesan'. Tapi masuk kiri keluaq kanan!!!
Kalu nak 'race'.....Sepang la brader.......



Dan hasil yang amat menarik dari arca seni kelajuan dan seni jalan tak rata.......



Dan aku tak pasti pa jadi pada 'pilot' moto tu, yang aku dengar...teruk!!!


So, nasihat aku...nak race, pi beli speedboat race kat laut...gerenti selamat!!!

Ahad, 2009 November 15

114. Portal oh Portal!!

3 hari lagi persekolahan akan tamat buat sementara waktu dan rata-rata cikgu-cikgi bizi tahap 'gaban'. Termasuklah aku!!! Tup-tup sampai surat kena pi kursus 3 hari dari Rabu sampai Jumaat. Chistt!!!! Keje aku berlambak lagi dah kena pi kursus pulak dah....awat tak buat waktu cuti nanti (ayat geram!!) Tapi itulah kena pi jugak. Ilmu bina portal ni bukan senang nak dapat. Belajo buat sendiri boleh tapi.....mau makan bertahun nak 'terer'. Ni ada 'tok' guru, lagi senang.....ikut jer!! Dan aku pulak dah slow sikit hal-hal portal gara-gara 'mukabuku' dan 'mafiawars'. Ha..ha....ha....!!!!




Hahaha...rimau aku 'inframe'......

Rabu, 2009 November 11

113. Masih hidup lagi....

Seperti biasa hujung tahun....murid-murid 'buat kerja masing-masing'. Ayat sama yang pernah aku dengar waktu di zaman persekolahan. Dan kini ayat tu masih lagi digunakan, tambahan acara hujung tahun yang sesak dengan pelbagai segala 'maknenek' nak kena siap sebelum berehat.



Apa yang menarik mata, masih hidup lagi seni perabih kertas sebuku. Dari zaman dulu sampai la, seni ni tak pupus-pupus, cuma dah kurang ke'kreatif'an dia. Ok la tu dari dia pupus di telan oleh PS2 dan gameboy. Dan seni ini akan terus diturunkan dari generasi ke generasi, ntah macam mana?? Dan yang pening, awat hangpa tak tunjuk bakat masa Pendidikan Seni...wooo, cikgu bagi tajuk siap-siap.....patut pun!!!




Ha..ha...topeng gaban kalau zaman aku dulu!!




Sampan....aku dulu siap buat lumba dalam longkang!! Bebudak sekarang buat jer pastu keronyok!!








Jumaat, 2009 November 06

112. Relaks ker..?

Andai ada yang berkata...jadi guru best!...Cuti berlambak!!
Maka orang itu aku 'labelkan' buta sebelah mata.
Kalau disebutnya pula jadi guru best..best!...Kerja 'half' day!!
Maka orang itu padaku 'buta' kedua-dua belah mata.
Kesian dia....dan kerana kecelikkan aku, maka aku dianugerahkan....



Satu kelas purata 40...so 40 X 7, korang kira la berapa banyak yang nak kena tanda!
Tu pasai la sunyi kejap.....

Err...ada sesapa nak tolong tanda!!


Khamis, 2009 Oktober 29

111. Entahla......

Macam Perang Teluk di satu masa dulu...
Bunyi tembakan 'rifle' automatik bertalu-talu...
Sekejap pagi, tengah hari dan juga malam...
Kadang-kadang diselangi dengan bunyi GBU-28 Bunker Buster
Saban hari bunyi itu kedengaran ditelinga aku...
Acapkali juga ...
Tambahan di waktu pagi 'buta'...
Dan aku membiarkan sahaja, walaupun aku ada senjata 'nuklear'...
Kerana aku tahu, jika aku menggunakannya...maka musnahlah segala-galanya!!


Jumaat, 2009 Oktober 23

110. Baru aku rasa penangannya.

Ini kali pertama....dan mungkin kali terakhir! Dulu aku tak pernah nak terjongok begini.Mata aku tak lekang darinya. Aku 'konsentret' 110 peratus. Begini hebat!!





Seketika baru aku sedar 'penantian itu satu penyiksaan', dan sesungguhnya aku diseksa time tu. Rakan-rakan dah pesan, macam dalam TV tu, jangan monyet...jangan monyet!!! ( dan aku bukan monyet). Tapi itulah masalahnya....aku kategori 'ketegarq'.




Maka hasil 'ketegarqan' tu, aku terpana....ya aku terpana, kaku, kepala otak aku bengang dan aku rasa nak terajang remote TV tu. Buang karan letrik rumah aku aje. Memang macam pungguk tengok bulan...tengok je la! Aku tak mau tengok dah lepaih ni!! Huh..!!!





Selasa, 2009 Oktober 20

109. Kalau dulu.......!!!

Mata aku terpaksa dicekang seluas-luasnya kerana.....bantu-membantu! Tu la pasal. Tapi takpe la sebab aku tolong anak mak sedara aku buat projek dia. Kawan-kawan seprojek dia....hantu-hantu belaka! Hilang! Biasalah kalau di U, projek sama-sama, buat sorang-sorang. Kesian aku tengok!

Maka dengan engineering tahap 'siput', aku tolonglah apa yang patut. Dengan bapa dia, En. Ir tu sekali maka menggodaklah projek membina pusat membeli-belah tu. Tergodek-tergodek bapa dia buat kerja, nak tergelak pun ada. Maklumle bapa 'engineer', selalu lukis atas pelan, ni lukis pelan 3D pulak. Ha..ha..ha... Dan aku menunjukkan tahap kelututan aku dengan membina pusat bowling.

Maka atas usaha bantu-membantu tu tersiaplah projek tu dengan 'aidia' mengarut yang efisien waktu kecederaan. Kalaulah aku amik 'engineering' dulu, mesti aku dah kerja best-best dan ada title 'Ir'. Cheh...itu dulu!!


Hentam sahaja la labu.........



Bahan mentah yang 'safe budget' jer....


Maka siaplah projek 'cacamerba' itu yang 'colours of ranggoli'


 

blogger templates | Make Money Online