Seperti biasa hujung tahun....murid-murid 'buat kerja masing-masing'. Ayat sama yang pernah aku dengar waktu di zaman persekolahan. Dan kini ayat tu masih lagi digunakan, tambahan acara hujung tahun yang sesak dengan pelbagai segala 'maknenek' nak kena siap sebelum berehat.
Apa yang menarik mata, masih hidup lagi seni perabih kertas sebuku. Dari zaman dulu sampai la, seni ni tak pupus-pupus, cuma dah kurang ke'kreatif'an dia. Ok la tu dari dia pupus di telan oleh PS2 dan gameboy. Dan seni ini akan terus diturunkan dari generasi ke generasi, ntah macam mana?? Dan yang pening, awat hangpa tak tunjuk bakat masa Pendidikan Seni...wooo, cikgu bagi tajuk siap-siap.....patut pun!!!
Ha..ha...topeng gaban kalau zaman aku dulu!! 
Sampan....aku dulu siap buat lumba dalam longkang!! Bebudak sekarang buat jer pastu keronyok!!
2 anotasi:
orang sekarang buat bom laa!!!!
salam,
orang seni...semuanya elok dan berseni. tak buat 'kipas letup'?...pop! pop!!..x kuat macam bom...
Catat Ulasan